Artikel ini adalah sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita
menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia
menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.
Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan
supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik
serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan
berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti
besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana
wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak
umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian
dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah
dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta
dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah
ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai
tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.
Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan
hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar
sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun
pemakaiannya masih ada yang tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi
menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai
tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau
berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen
tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan
sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai
seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan
bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan
menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus
pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki
yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah
pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin
membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah.
Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-
date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung,
tapi masih ingin bergaya?

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa
kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan
Allah mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan
syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu
kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh
memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang
yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman
lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan
bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki
yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang diperbuat
oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina,
khalwat dan sebagainya. :(

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini.
Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun
tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka
rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak
bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana
sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.
Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang
bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama
mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang
lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita
sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain
tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir
dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam
untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari
diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi
baik tidak boleh pakai tudung! Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa
yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di
luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat,
berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau
apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap
wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah
antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si
polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. :(
Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat
dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka
bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis
muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan
ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang
jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada
ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba
jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba
didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan
sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka
mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. Jaga tertib
sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam.
Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya
akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang
terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan
mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila
individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-
wanita Islam sekalian, kita mesti mengorak langkah sekarang sebagai
agen pengembang agama melalui pakaian. ;)

____________________________________________________
Berhenti/mengganti konfigurasi keanggotaan anda, silahkan ke: 
http://groups.or.id/mailman/options/rantau-net
____________________________________________________

Kirim email ke